Bekerja Sebagai Sumber Penghasilan Senjata


Seorang lelaki sedang berjalan di pertengahan jalan menuju ke sebuah bangunan. Apabila tiba, dia masuk ke dalam bangunan itu secara spontan. Dia terus melangkah ke lif dan menekan butang untuk tingkat tujuh.

Setibanya di tingkat tujuh, pintu lif terbuka luas. Ruang di hadapannya penuh dengan barangan teknologi senjata yang tersusun di dalam studio. Alat-alat itu jelas menunjukkan bahawa ia adalah peralatan untuk mencipta senjata keganasan.

Selepas memasuki studio itu, dia meneruskan rutinnya seperti biasa - mandi dan menyediakan makan malam. Beberapa minit kemudian, dia berdiri di hadapan cermin, melihat refleksi dirinya.

Lelaki itu, bernama M. Justin Calvin, berusia 30-an. Dia seorang pencipta peralatan senjata seperti senapang dan pedang. Walaupun kelihatan seperti orang biasa, Justin sebenarnya memiliki bakat luar biasa dalam mencipta senjata.

Dia hidup bersendirian tanpa keluarga. Hidupnya hanya dipenuhi oleh kerja dan penciptaannya. Walaupun keseorangan, dia terus menjalani hidupnya dengan tabah.

---

Temannya ialah pakciknya, yang merupakan adik-beradik sebelah bapa kepada Justin. Pakciknya bernama Z. Daniel. Dia seorang yang boleh dipercayai kerana dia hanya berharap untuk menjaga Justin, membelanya seperti menjaga anak sendiri.

Justin sedang membuat senjata itu. Dia mahu bersiap untuk membawa senjata tersebut dan menyimpannya di dalam kereta sebelum menghantarnya mengikut arahan seseorang ke lapangan terbang.

Lapangan terbang itu adalah tempat pengedaran senjata teknologi keganasan. Justin merasa bangga kerana semua senjata yang dihasilkan adalah hasil kerjanya sendiri. Dia cekap dalam tugas ini.

Setelah selesai membuat senjata dalam beberapa minit, dia meletakkan senjata itu ke dalam kotak besi dan meninggalkan tempat itu sambil membawa barang-barang berat.

Selepas itu, Justin memasukkan kotak besi ke dalam kereta, menaiki keretanya, dan meninggalkan lokasi. Beberapa jam kemudian, Justin tiba di lapangan terbang. Pada malam itu, dia bersama sekumpulan orang di lokasi tersebut.



---

Dia mengangkat kotak besi berisi senjata dan memasukkan alatan besi itu ke dalam ruangan kapal terbang. Seorang lelaki, ketua kumpulan barangan senjata itu, menghulurkan wang sebanyak seratus ribu dolar kepada Justin. Justin hanya mengucapkan terima kasih tanpa menunjukkan reaksi berlebihan.

Setelah selesai kerjanya, dia kembali ke bangunan dan menikmati secawan kopi panas sambil berehat di atas sofa.

Keesokan paginya, seperti biasa, dia mandi-manda dan menikmati sarapan sebelum memulakan projek membuat senjata baharu. Namun, tiba-tiba seseorang muncul dari lif tingkat tujuh.

Ketika Justin sedang mencari peralatan di atas meja, dia terkejut apabila menyedari ada seseorang berdiri di sebelahnya. "Pakcik! Aduh! Terkejut tau, Pakcik ni kan," katanya sambil memegang dadanya kerana terkejut melihat pakciknya, Z. Daniel, di sebelahnya. Z. Daniel hanya ketawa kecil melihat reaksi Justin.

--

Kerana memperkenankan Justin, Z. Daniel berkata, "Maaf, maaf... Pakcik saja kenakan kau, okay tak ni?"
"Saya okay je, Pakcik. Lain kali jangan buat lagi, terkeluar jantung saya, Pakcik," jawab Justin.
"Okay, okay," kata Z. Daniel.

Ketika Justin sedang membuat senjata, Z. Daniel menolong Justin untuk menghasilkan senjata baru. Pada masa yang sama, Justin mengajar Z. Daniel, pakciknya, untuk makan dan minum tengah hari di restoran.

Bila Justin dan Z. Daniel berada di restoran, Justin berkata, "Pakcik, saya mahu tanya sesuatu."
"Benda apa tu?" tanya Z. Daniel.
"Sebenarnya, semalam, selepas menghantar senjata itu, saya ternampak kotak besi besar yang saya tak pernah lihat dan tak pernah hasilkan. Saya terfikir, apa benda dalam tu?" kata Justin.
" mungkin senjata yang kita belum temui, mungkinlah kan?" jawab Z. Daniel.
"Saya pun fikir macam tu juga," kata Justin.



"Kalau kita pecah masuk cari kotak besi besar tu macam mana?"
"Uih, gila ke apa, kita pecah masuk kapal terbang cari benda tu? Boleh mati kita tahu dak? Mereka ada senjata, faham tak?"
"Itu saya tahulah, kita ada senjata. Jangan risau."
"Kau ni gila betul lah. Kita mana ada senjata?"
"Allah... Pakcik ni, kita boleh buat senjata dari hasil kita sendiri. Betul, saya cakap betul."
"Okay, okay, kalau gagal, pakcik tak nak tolong, buatlah sendiri." Z. Daniel berkata kepada Justin sambil ketawa kecil.
"Uih! Ini macam nak kenakan saya," kata Justin kepada Z. Daniel.
"Betul lah, pakcik cakap. Kalau gagal, pakcik tak nak tolong, okay?"
"Okay, okay."

Selepas perbualan Justin dan Z. Daniel, beberapa minit kemudian...

Keberadaan mereka di bangunan itu selepas pulang dari restoran masih dihiasi perbualan antara Justin dan Z. Daniel. Mereka berbual sejak dari restoran hingga tiba di bangunan tersebut. Selepas selesai berbual, Z. Daniel dan Justin memandang alatan senjata besi sambil meneruskan perbincangan mereka.

Ketika perbualan beralih kepada kerjaya, Justin mula teringat peristiwa semalam-sesuatu yang dilihatnya namun dibiarkan begitu sahaja. Dia hanya berdiam diri selepas kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan. Walaupun terganggu dengan apa yang berlaku, Justin memutuskan untuk tidak terus mengejar atau menyelidiki senjata berharga yang disimpan dalam besi besar itu.

Sejak itu, Justin meneruskan kerjanya menghasilkan dan membina senjata. Tiba-tiba, sekumpulan orang dari Amerika Syarikat datang untuk bertemu dengannya. Setelah bertemu, mereka menyerahkan sebuah kotak besar kepada Justin. Dengan penuh tanda tanya, Justin membuka kotak tersebut dan mendapati ia mengandungi sejenis senjata yang aneh, sesuatu yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.

Ketua kumpulan itu berkata, "Ini khas untuk kamu, Justin. Jaga baik-baik dan gunakan ia sebagai senjata kamu."

"Terima kasih, tuan," balas Justin dengan nada hormat.

"Sama-sama," jawab ketua itu sebelum mereka bersurai, meninggalkan Justin dengan senjata misteri itu di tangannya.

Justin mengangkut dan bergantung pada dinding sebagai hiasan yang diberikan oleh ketua itu. Selepas itu, dia meredakan keadaan.

Malam itu, Justin sedang menikmati secawan kopi panas di luar bangunan yang sejuk. Z. Daniel datang menghampiri Justin di luar dan mereka berborak antara satu sama lain. Ketika mereka berbual tentang perkara mereka sendiri, Z. Daniel sempat menyebut senjata di dinding. "Justin, dari mana datangnya senjata di dinding tu?"
"Oh, itu. Ingat masa kita mahu menceroboh dan ambil senjata itu."
"Oh, baru ingat. Kenapa?"
"Sebab senjata itu ada di dinding. Kami memang mahu ambil."
"Yang kotak besar itu?"
"Ya."
Selepas perbualan itu, mereka berdua masuk kembali ke dalam bangunan. Mereka mahu meneruskan usaha membina lebih banyak senjata.

Keesokan harinya, pada pagi yang cerah itu, Justin berjoging di sebuah taman. Setelah selesai berjoging, dia seolah-olah mahu berehat sebentar kerana keletihan. Ketika dia sedang berehat di kerusi batu berhampiran taman, Justin minum air botol yang dibawa sebelum keluar berjoging pada waktu pagi.

Selepas minum air botol itu, Justin berasa seperti mahu menyambung semula berjoging. Namun, ketika sedang berlari, dia ternampak sesuatu di sebalik pokok besar. Justin teruskan berjoging tanpa berfikir panjang. Tetapi sebaik sahaja dia melangkah jauh, fikiran mengenai apa yang dilihat di sebalik pokok itu mula menghantui dirinya.

‘Benda apa ni? Nampak macam senapang canggih dari masa depan. Tak pernah pula ada senapang di taman ini setiap pagi,’ bisik hati Justin yang terkejut.




Curious, Justin kembali dan menghampiri senapang tersebut. Dia seolah-olah sedang membuat gaya menembak sesuatu, dan tanpa disedari, timbul keinginan untuk membawa senapang itu pulang. Justin meminum sedikit air botol lagi dan kemudian meneruskan perjalanan pulang ke bangunan.

Beberapa minit kemudian, Justin masuk ke dalam studio dan meletakkan senapang canggih itu di atas meja. Setelah beberapa minit, dia mandi dan bersiap. Selepas itu, dia duduk sambil memerhatikan senapang itu sambil menikmati secawan kopi.

---

Kemudian, dia menuju ke meja di hadapan sambil membawa kopi dan memandang senapang canggih itu dengan lebih dekat. Semakin lama Justin memandang senapang canggih itu, dia seolah-olah ingin menceritakan kejadian pagi tadi kepada pakciknya, Z. Daniel.

---

Akhirnya, Justin menyedari bahawa apa yang dilihatnya pagi itu bukan hanya sekadar kejadian biasa. Senapang canggih itu mungkin membawa maksud yang lebih besar, sesuatu yang melibatkan lebih banyak daripada sekadar teknologi. Dengan perasaan yang masih berbelah bahagi, dia memutuskan untuk berkongsi cerita itu dengan Z. Daniel, berharap pakciknya dapat memberikan penjelasan tentang apa yang berlaku dan apa yang akan datang selepas ini.




Ulasan

Catatan Popular